Thursday, May 9, 2013

PETUA PENJAGAAN KULIT WAJAH


RAWATAN KULIT BERKEDUT
Ambil sebatang lobak merah bersihkan dan parut. Setelah itu, campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Kacau hingga sebati, lumurkan pada muka. Cucilah muka ketika hendak tidur malam dengan air suam. Lakukan cara ini sehari sekali pada waktu petang. 

SUSU SEGAR DAN TIMUN BERSIHKAN KULIT
Untuk membersihkan muka masukkan 1 camca besar susu lembu segar ke dalam gelas. Parut sebiji timun dan ambil airnya. Kemudian campurkan air parutan bersama susu segar. Masak susu jangan sampai mendidih sangat. Setelah itu, sejukkan susu sebelum disapu diseluruh muka.

RAWATAN MUKA DENGAN BEDAK SEJUK
Pinang muda (bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Untuk menghaluskan kulit, beras pulut goreng yang ditumbuk halus dicampur dengan bedak sejuk. Gosok bahan ini seminggu sekali di wajah.

PETUA PUTIHKAN KULIT CARA ALAMI
  ALPUKAT / AVOKADO
Bermanfaat melembapkan kulit dan kaya dengan vitamin, mineral, minyak alami, vitamin A, C dan E, zat, besi, potassium, niasin, asam pantotenik serta protein.
Caranya : ambil isi di dalam alpukat yang mampu menahan kelembapan kulit. Gosokkan secaralembut di sekitar wajah dan biarkan selama15 minit. Setelah itu, basuhlah wajah dengan air bersih. Lakukan pada waktu ketika hendak tidur malam.

   JERUK NIPIS
Usapkan potongan jeruk nipis pada wajah dan kulit bahagian tubuh lainnya. Untuk merapatkan pori-pori kulit dan menghilangkan kelebihan lemak pada jenis kulit berminyak. Ambil daging jeruk nipis, oleskan pada wajah dizon - T.

PUTIH TELUR
Untuk memperbaiki warna kulit, campurkan perahan jeruk nipis dengan putih telur. Gunakan bahan ini sebagai masker. Oleskan masker ini ke wajah, sehingga kering. Setelah 5 -10 minit, bilas muka dengan air bersih. Lakukan selama seminggu berturut-turut.

TEH SEMANGGI MERAH
Bermanfaat mendetoksifikasi badan dari toksin yang berbahaya terhadap tubuh badan kita. Minum secangkir teh setiap hari. Teh juga akan meningkatkan rona pada wajah. Biarkan teh semalaman, lalu gunakan untuk mencuci wajah pada pagi harinya.

SUSU
Bermanfaat mengurangkan bintik-bintik hitam.
Caranya : tuangkan sedikit air susu pada kain pencuci muka, lalu gunakan kain tersebut untuk menggosok wajah dengan lembut. Susu akan menghilangkan sel-sel kulit mati yang menutupi wajah dan memberikan warna yang baru.   

KULIT MUKA CERAH DAN LEMBUT
Untuk memiliki wajah cerah dan lembut, campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis sehingga sebati. Sapukan pada wajah biarkan sehingga kering. Kemudian, cucilah dengan air bersih. 

PULUT HITAM PUTIHKAN KULIT
2 genggam pulut hitam dijadikan tepung. Kemudian, gaulkan tepung itu dengan air perahan limau nipis bersama telur ayam. Ramuan ini, disapukan pada muka. Biarkan kering, selepas itu bilas muka dengan air suam.
   
MEMUTIHKAN KULIT MUKA
Sebatang timun diparut & campur 1/2 biji limau nipis bersama bedak sejuk dipakai pada muka tiap-tiap malam.

HILANGKAN JERAGAT YANG HODOH
Ambil biji betik muda anggaran 5 - 7 biji, sedikit beras, 3 cm kunyit hidup dan sedikit kulit kayu manis, rendam kesemuanya selama seminggu. Kemudian ditumbuk dijadikan bedak sejuk.

BINTIK-BINTIK HITAM
Campurkan putih telur dengan tepung ubi. Gaul rata. Kemudian ambil tisu muka & rendam dalam bahan tadi. Teakapkan pada muka terutama pada hidung. Biarkan ia kering. Selepas itu, bilas bersih dan lap kering.

MENGHILANGKAN BINTIK HITAM
Campurkan beras pulut dan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga berwarna kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka 2 kali seminggu.

MELICINKAN KULIT
Ambil 1 cm kunyit hidup, setengah sudu asam jawa & sedikit bedak sejuk. Campurkan semua bahan tadi dan pakai setiap hari sebelum tidur.

MENAIKKAN SERI WAJAH
Caranya : dengan menggunakan bedak sejuk campuran kelopak mawar, daun pandan, bunga cempaka dan kenanga.

RAMBAI
Sebagai pelembut kulit isi kayunya dimesin menjadi debu dan dibuat bedak.
Sebagai pencantik dan penyeri kulit gunakan rambai jantan, caranya sama sahaja.

APEL MEMBERSIHKAN & MENYEGARKAN KULIT
Buahnya dujadikan masker untuk melicinkan kulit muka, biarkan sehingga kering, baru dibilas.

PERAWATAN WAJAH
MENTIMUN
Amat sesuai dengan semua jenis kulit. Airnya mampu menyegarkan kulit. Letakkan hirisan timun pada wajah beberapa saat, lalu gosokkan perlahan-lahan pada seluruh bahagian wajah dan leher. Untuk membersih dan menyegarkan wajah, sebaik-baiknya menggunakan masker mentimun dengan yogurt.

MASKER SUSU
Tuang susu segar, celupkan kapas dan pupurkan dimerata wajah dan biarkan selama 30 minit. pakai setiap hari.

MASKER STRAWBERI
Hancurkan 3 biji strawberi, biarkan 10 minit diwajah. Ia mengandungi vitamin C yang dapat membersihkan kulit dengan sempurna.

PISANG
Campuran masker yang diperbuat dari pisang, madu, dan putih telur. Amat sesuai untuk semua jenis kulit.

MASKER KENTANG
Tempelkan hirisan kentang pada keseluruhan wajah. Vitamin C pada kentang berupaya membersihkan noda-noda pada kulit.

BETIK
Menghilangkan bintik-bintik hitam dimuka, buahnya yang masak disapu pada wajah.

MEMBERSIHKAN MUKA DENGAN MADU
Ramuan 1
Sepotong betik yang masak, madu lebah, susu segar, susu tepung.
Semua bahan-bahan di atas hendaklah menjadi satu. Kemudian ditempekkan pada muka dibiarkan beberapa jam. Hasilnya, kulit akan bertambah cerah, lembut, dan tidak berminyak.

Ramuan 2
Putih telur, perahan limau nipis, madu.
Sapukan pada muka. Biarkan beberapa minit. Selepas itu, bilalah dengan air suam.

MASKER DADIH OREN
1 sudu dadih biasa dan jus 1/4 biji oren.
Sebatikan kedua-kedua bahan dan sapu dibahagian muka. Campuran bahan ini mampu menyejuk dan merehatkan wajah. Biarkan selama 5 minit. dan bilas. Jika berasa melekit dan tidak selesa, masker ini sesuai dengan kulit.
Dadih membersih dan menyegarkan kulit manakala oren yang kaya dengan vitamin C baik untuk kulit.

PISANG BUNGA PELEMBAP KULIT
Buahnya yang masak dicampur minyak zaitun dan dijadikan sebagai bedak.  

RAMBUTAN PELEMBUT KULIT
Butirnya dijadikan debu untuk dibuat bedak.

PETUA MELICINKAN KULIT
Ramuan 1
Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

Ramuan 2
Campurkan 1 sudu besar madu lebah dengan 1 sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan 2 kali seminggu.

Ramuan 3
Campurkan bedak sejuk, asma jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkannya setiap hari.

Ramuan 4
Giling 3 sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air bersih.

Ramuan 5
Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  
Ramuan 6
Kisar 2 biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Amalkannya selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

Ramuan 7
Ambil 1 biji buah tomato masak. Lecek hingga halus. Kemudian, pupurkan ke seluruh muka. Biarkan kering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkannya 2 - 3 kali seminggu.  

Ramuan 8
Susu tepung, madu lebah, putih telur, timun dan ubi kentang
Caranya : timun dan ubi kentang dikisar kemudian campurkan semua bahan. Setelah sebati sapu pada wajah. Amalkan 2 kali seminggu.  

Lawat Online shop ni jugak yer...tq 

0 ulasan:

Post a Comment