Tuesday, June 26, 2012

CONTOH KARANGAN PIDATO (BHGN. B )



PERANAN MASYARAKAT UNTUK MENANGANI GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA.

Indah sungguh permata mutiara,
Dipakai dengan intan berlian;
Salam sejahtera pembuka bicara,
        Gelanggang pidato saya mulakan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis, Panel-panel hakim yang arif lagi bijaksana, Penjaga masa yang tepat dengan jarum masanya, Yang Berusaha Tuan/Puan Pengetua, (nama pengetua sekolah anda), Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan -rakan sekalian. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling yang telah bertungkus-lumus menganjurkan pertandingan pidato ini. Saya berasa amat gembira kerana diberi peluang kepada saya untuk menyampaikan pidato. Tajuk pidato yang akan saya sampaikan ialah "Peranan Masyarakat untuk Menangani Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja".

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Pada alaf inin, isu gejala sosial telah menjadi polemik oleh semua lapisan masyarakat. Sering kali dapat kita lihat berita-berita tentang isu gejala sosial yang dilaporkan setiap hari di media massa. Peningkatan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja dapat kita lihat dengan jelas. Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja semakin sukar dibendung. Nilai-nilai murni dalam diripara remaja sudah tidak digunakan dan semakin terhakis. Jika fenomena ini berterusan berlaku, siapakah yang harus dipersalahkan? Mahukah kita melihat generasi muda ini terus hanyut dalam kancah kemusnahan? Setiap masyarakat perlu membawa para remaja ke landasan yang betul kerana mereka ialah pewaris kepada peneraju kepimpinan negara pada masa akan datang. Masyarakat haruslah memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah gejala sosial dalam kalangan remaja.

Hadirin sekalian,

Masyarakat yang berwibawa seharusnyamemainkan peranannya untuk kepentingan negara dalam menangani masalah gejala sosial. Antara peranan masyarakat agi menangani gejala sosial ialah masyarakat haruslah prihatin terhadap persekitaran remaja. Hal ini kerana persekitaran remaja pada alaf ini banyak anasir-anasir negatif seperti vandalisme, gangsterisme, samseng jalanan, pengambilan narkotika dan banyak lagi. Masyarakat haruslah memantau tingkahlaku para remaja dan jika perlu, masyarakat hendaklah menegur setiap perlakuan yang tidak baik terhadap para remaja. Hidup bermasyarakat, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Secara ikhtisarnya, gejala sosial dapat dibendung melalui keprihatinan masyarakat sekeliling.

Hadirin yang dihormati,

Peranan yang seterusnya ialah masyarakat hendaklah mengadakan program untuk kalangan remaja dan penduduk setempat. Hal ini kerana, program yang diadakan untuk remaja dan penduduk setempat sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi jalinan silaturrahim dan para remaja dapat menghindari diri daripada masalah gejala sosial. Program yang diadakan untuk remaja dan penduduk setempat wajiblah dilakukan sebulan sekali ataupun setahun sekali. Program ini dapat membantu kalangan remaja bersikap akauntabiliti dan tidak mementingkan hendonisme sekaligus dapat menghindari diri dari masalah gejala sosial. Ingatlah pesan orang tua-tua, ikut rasa binasa, ikut hati mati dan ikut nafsu lesu. Secara intihannya, mengadakan program untuk remaja dan penduduk setempat adalah salah satu cara untuk menangani masalah gejala sosial.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Mengadakan ceramah atau kempen-kempen motivasi kepada remaja merupakan salah satu daripada peranan masyarakat. Hal ini kerana, mengadakan ceramah yang berunsurkan atau menerapkan nilai-nilai murni adalah amat baik untuk para remaja. Penceramah haruslah memberikan motivasi secara eksplisit, produktif dan perspektif kepada para remaja pada alaf ini. Dengan cara ini, para remaja akan membuat ajakan paradigma dan tidak terlewat untuk menghindari masalah gejala sosial. Remaja perlu mempunyai kekuatan peribadi yang unggul kerana kata orang budiman asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Secara konklusinya ,mengadakan ceramah dan kempen - kempen motovasi kepada remaja dapat menghindari daripada kemelut gejala  sosial.

Sidang hadirin sekalian,

Peranan masyarakat yang terakhir ialah masyarakat sentiasa melaporkan kepada pihak berkuasa  dan harus berjasama dengan pihak polis. Hal ini kerana banyak kegiatan soaial yang melibatkan kalangan remaja semakin berleluasa dan sukar dibengdung disekaliling masyarakat. olih itu, masyarakat haruslah sentiasa melaporkan kepada berkuasa seperti anggota polis, Jabatan Agama Islam (JAIS) dan lain - lain. Sekiranya berlaku masalah gejala sosial yang tidak terkawai. Sekiranya seluruh masyarakat di malaysia bergemblengan dengan pihak berkuasa maka kemelut gejala sosial ' dapat dikurangkan. peribahasa melayu ada mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. melaporkan isu gejala sosial setiap masa kepada pihak berkuasa amatlah penting bagi menangani masalah gejala sosial.

Para hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Oleh sebab masa tidak mengizinkan saya meneruskan pidato ini, saya sekali lagi ingin meyatakan bahawa isu gejala sosial akan meranapkan masa hadapan para remaja. Imam Al - Ghazali pernah mengatakan, bagaimana bentuk pemuda masa ini, itulah bentuk masyarakat akan datang. Sesungguhnya prakarsa untuk membanteras atau menangani masalah gejala sosial dalam kalangan remaja boleh direalisasikan sekiranya ada penggemblengan tenaga dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa, dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya. Akhir kata daripada saya, semoga hujah-hujah saya di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua tidak kira usia, tua atau muda. Fikir-fikirkanlah sidang dewan sekalian. Tepuk dada tanya selera. Saya mengakhiri pidato ini dengan serangkap pantun; 
Wan Empuk Wan Malini,
Duduk baik di Gunung Singgalang;
Yang buruk tinggallah disini,
Yang baik bawalah pulang.

Sekian terima kasih.
                   
 

1 ulasan:

Post a Comment