Thursday, May 3, 2012

BUAH CIKU KECIL TETAPI TINGGI KHASIATNYA

Ciku atau nama saintifiknya Achras sapota L adalah daripada keluarga Achras dalam famili sapotaceae. Seperti buah betik, ciku juga dipercayai berasal dari Amerika Tropika. Ciku merupakan buah jenis klimaterik dan dikenali dengan pelbagai jenis nama mengikut tempat. 
  Misalnya ciku dikenali sebagai Sapodillan di United Kingdom, Chicod Mexico dan Sawo di Indonesia. Antara khsiat yang terkandung di dalamnya ialah serperti karbohidrat, protin, lemak, serabut, besi, fosforus, kalium, kalsium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan banyak lagi. Pokok ciku ialah tumbuhhan tropika hijau yang boleh tercapai ketinggian di antara 10 -30 metar.
Pokok ciku berbuah sepanjang tahun tetapi penghasillannya tidak seragam. Di malaysia. Jenis ciku yang boleh didapati ialah jantung, betawi, pasir dan subang. Buah ciku pada amnya mengambil masa diantara 6 hingga 8 dari tempoh berbunga untuk mecapai kematangan. Bagaimanapun,ciku yang dipetik selepas 7 bulan berbunga adalah lebih besar dan manis. Buah ciku seelok eloknya dipetik dengan tangan. Bagi pokok yang agak tinggi, pemetikkan buah dilakukan dengan cara memanjat pokok atau menggunakan tangga atau galah. Galah yang mempunyai jaring dihujung sesuai digunakan.
Dari sudut khasiat pula, ciku kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium. Selain enak dimakan begitu sahaja, buah ciku boleh dibuat jem, jus, kepingan ciku kering ditinkan dalam bentuk kepingan untuk membuat sherbet dan kandi. Selain itu, ciku juga boleh digunakan sebagai bahan mentah dalam industri pektin, glukosa dan jeli. Di negara lain seperti Amerika Latin, pokok ciku digunakan untuk mengekstrak ‘chicle gum’.
Ciku yang manis rasanya, selain kaya gula, ia juga mengandungi zat gizi lain seperti mineral, vitamin, karbohidrat dan serat. Buah ini juga baik untuk kesihatan jantung dan pembuluh darah. Bijinya berwarna hitam berkilat atau coklat kehitaman, bentuknya pipih dan besar. Biji ciku mengandungi saponin, kuarsetin dan minyak sebanyak 23%. Seeloknya biji ciku tidak dimakan kerana mengandungi asid hidrausianik yang cukup tinggi yang boleh manjadi racun. Rasa buah ciku yang manis membuat buah ini banyak penggemarnya. Rasa manis ini menyebabkan kandungan gula didalam isi buah iaitu sekitar 16 – 20%. Selain kaya kalium, ciku juga mengandungi sejumlah mineral penting lainnya. Buah ciku juga mengandungi asid folik, yang diperlukan tubuh untuk pembentukkan sel darah merah. Asid folik juga dapat membantu pencegahan terbentuknya homosistein yang sangat berbahaya bagi kesihatan.
Vitamin lain juga terkandung pada buah ciku ialah riboflavin, niasin, B6, dan vitamin A. Meskipun dapat digunakan sebagai sumber vitamin dan mineral, ciku sebaiknya tidak diberikan kepada bayi kerana getahnya ditakuti akan mengganggu saluran pencernaan. Ciku juga mengandungi banyak gula, sehingga bagus untuk digunakan sebagai sumber energi. Namun, buah ini tidak disarankan kepada penyakit diabetes mellitus kerana boleh meningkatkan kadar gula darah dengan cepat.

Ekstra

Dari sudut perubatan tradisional, satu cara dalam kaedah untuk merawat buang air berdarah adalah dengan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengan sedikit air panas dan garam. Seeloknya diamalkan sebelum sarapan. Untuk darah tinggi pula, minum air rebusan campuran daun ciku dan daun timun siam.                          

0 ulasan:

Post a Comment